Khamis, 16 Oktober 2014

Asal Usul De Perahu Cafe

Asal Usul De Perahu Cafe


De Perahu Cafe mula beroperasi pada hujung tahun 2011.Pada awalnya De Perahu Cafe diberikan nama Best Pizza.Menu utama kami pada masa itu hanyalah pizza semata-mata..

Alhamdulilah..hari pertama mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan..
Kami hanya membuat delivery sahaja memandangkan saya baru lepas berpantang anak kedua.Jadi kami membuat pizza didapur comel kami sambil menjaga baby comel kami.Hanya saya dan suami yang bekerja pada masa itu..saya membuat pizza sambil dibantu oleh suami,Kemudian suami akan menghantar Pizza kerumah pelanggan.

3 bulan berlalu...memandangkan perniagaan agak stabil..suami mencadangkan agar saya berhenti kerja supaya saya boleh menguruskan segala urusan keluarga dan perniagaan  dengan lebih terurus..
saya bersetuju..

Kemudian kami menambah menu iaitu mushroom soup..garlic bread dan air bikarbonat.kami juga menawarkan dalam bentuk set yang lebih jimat..Alhadulilah sambutan meningkat dari masa ke semasa sehingga tak menang tangan dan kami mengambil keputusan untuk menambah seorang pekerja.Runner kami ditugaskan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Dua tahun berlalu dan permintaan semakin tinggi hingga keluar kawasan..Saya  mencadangkan kepada suami untuk membuka sebuah cafe secara kecil-kecilan dirumah untuk memudahkan pelanggan dari luar kawasan untuk datang dan menikmati keenakkan makanan yang disediakan.

Dengan bermodalkan lebih dari 20k..Kami membuat sedikit pengubahsuainya didapur dan  membeli kelengkapan untuk membuka cafe..Pada 25 Ogos 2013 suami menghadiahkan sebuah cafe kepadaku..Hadiah yang amat bermakna...Aku namakan "De Perahu Cafe"

Kini..Dah lebih setahun kami mengusahakan perniagaan ini dan menambah pelbagai  menu pizza dan western..Semuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan dan rasa yang pasti menepati citarasa anda..Diharapkan semoga De Perahu Cafe akan berkembang maju dan berjaya.

Salam sayang dari pencinta makanan...


De Perahu Cafe, Asal usul De Perahu Cafe,western food,


De Perahu Cafe
No 25 Jalan 3
Taman Guar Perahu
14400 Bukit Mertajam
017-5171399

waktu operasi
Isnin-Sabtu
7mlm-11 mlm














Tiada ulasan :

Catat Ulasan