Sabtu, 18 Oktober 2014

SET ASMA

SET ASMA

Dulu teringat lagi bila dengar cerita tentang anak-anak kawan yang kena asma ni..kesian..tak kira masa bila anak-anak nak jadi..kadang tengah-tengah malam..kadang awal-awal pagi..cepat-cepat kena pergi klinik untuk dapatkan rawatan..

Set Asma Shaklee terdiri daripada Mealshake dan Omega Guard

MEALSHAKES
  • Menyediakan nutrisi lengkap untuk kanak-kanak
  • Meningkatkan selera makan
  • Membantu melawan jangkitan


OMEGA GUARD
  • Mencegah alahan kulit,demam,asma,ekzema
  • Meningkatkan sistem imun

Kepada yang ingin mencuba bolehlah hubungi  saya untuk konsultasi lanjut.

set asma, set lelah,mealshake,omega guard,pengedar shaklee,pengedar shaklee taman guar perahu,pengedar shaklee bukit mertajam

Herb-Lax

Herb-Lax


Disebabkan en suami suka sangat herb-lax ni so nak storylah sikit tentang kelebihannya..
Selalunya saya suggest kepada  customer yang sembelit..yang nak kurus..tapi suami saya tu bukanlah seorang yang sembelit..

Tapi,dia dah  terpikat dengan vitamin yang satu ni..katanya..esok tu bila membuang rasa lega jer..rasa semua yang ada dalam perut tu semua keluar habis..hi.hi..sorry yek..kena cerita gak..

Antara kelebihan lain :
  • Mengempiskan perut
  • Membantu masalah sembelit
  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Memberi kepejalan pada perut
  • Kembalikan proses semulajadi pergerakan usus
  • Bantu usus untuk percepat proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dalam  usus.

sembelit, herb-lax, Shaklee,pengedar sah Shaklee,

Cinta lama berputik kembali

Cinta lama berputik kembali


Hi.hi..hi..nak tergelak plak dengar tajuk tu..klu encik abang dengar..mati kena cekik aku..
ok kot tajuk tu..cinta lama tu bukan cinta dengan orang...no..no..no..
cinta dengan pokok-pokok bunga..

Hobi aku ni suka tanam pokok bunga..dulu memang macam2 jenis pokok aku tanam..paling banyak jenis keladi..tapi lepas aku renovation dapur tu.aku ubah semua pokok jauh dari rumah..proses renovation yang ambil masa lebih dari sebulan membuatkan aku kurang membelai pokok-pokok aku dan tak sempat bagi dia mandi...banyak pokok yang mati kehausan..lepas tu aku pun dah hilang semangat dah tengok pokok-pokok aku tu..

Tapi..sejak 2 ke 3 minggu ni..rasa minat tu dah mula datang balik dah..macam lagu tu...dia datang...start la pegi nursery-nursery beli tanah dan anak-anak pokok..start menanam balik..

Rasa seronok tu lain macam bila kita tanam pokok ni..walaupun penat dan kotor...kepuasan dia tu lain macam..tambah-tambahan bila tengok anak pokok yang ditanam mula membesar..tenang dan sejuk mata memandang..susah la nak diterjemahkan..hanya pencinta pokok aja yang faham..

Ni antara gambar pokok-pokok yang ada kat umah aku...belum banyak lagi..nanti aku akan update dari masa ke semasa..

mini garden, kolam kecil, de perahu cafe, tanaman hiasan, tanaman dikolam,



Jumaat, 17 Oktober 2014

SEMINAR 3R SHAKLEE

Assalamualaikum...

Pada 11 oktober 2014 yang lepas saya telah menyertai Seminar 3R utara bersama Master Norita Idris & Master Naquib bertempat di Sunway Hotel Seberang Jaya.

Bermula jam 2 hingga 6 petang.Seramai 80 orang yang mengambil bahagian.Pelbagai perkara yang saya pelajari dari pelbagai aspek.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Master Norita dan Master Naquib kerana meluangkan masa serta tidak lokek  berkongsi ilmu mengenai produk dan pengalaman dengan anak-anak yang baru seperti saya.Insyaallah segala ilmu akan dipraktikkan.Rugi kepada yang tak mengambil peluang ini..

Terima kasih semua..

berselfie sebelum seminar bermula

bersama upline yang banyak mmemberi tunjuk ajar

bersama Master Norita yang comel

bergambar selepas seminar




De Perahu Cafe

De Perahu Cafe


Anda penggemar makanan barat???Suka makan pizza?chicken chop?lamb chop?beef steak?spagetty??
dan bermacam-macam lagi???

De Perahu Cafe adalah jawapannya...Disamping menawarkan menu yang enak dan pastinya menepati citarasa anda.Kami memberikan hidangan yang segar lagi berkualiti disamping harga yang amat-amat berpatutan...

Kami amat mementingkan kepuasan hati pelanggan...Segala komen dan cadangan anda sentiasa diambilkira untuk memajukan lagi perniagaan kami..Sila like page kami di https://facebook/de perahu cafe untuk lebih info...



De Perahu Cafe
No 25 Jalan 3
Taman Guar Perahu
14400 Bukit Mertajam
017-5171399

Bussiness Hour
Monday-Saturday
7pm-11pm




pizza,pizza sedap,pizza murah,de perahu cafe,western food,makanan barat
PIZZA


de perahu cafe,western food,meatball,western food sedap
MEATBALL


spaggety,de perahu cafe,western food sedap,murah
SPAGETY BOLOGNISE



de perahu cafe,beef steak,western food,makanan sedap
BEEF STEAK



spagetty,western food,de perahu cafe,
SPAGGETY CARBONARA

burger,western food,de perahu cafe
GIANT BURGER

Selamat mencuba...







Cara nak jadi ahli Shaklee

Cara nak  jadi ahli Shaklee


Anda berminat nak jadi ahli Shaklee???Tapi tak tahu caranya???

Saya dapat membantu...Nak cita sikit..Saya masuk ahli dibawah kakak saya Nor Azilah tu..Pas dia masuk dia ajak saya dan dia terlalu xcited menceritakan kelebihan produk dan kelebihan menjadi ahli ni hingga membuatkan saya pun terexcited nak jadi ahli juga..Walaupun kakak saya dah konker habis semua adik beradik beli Shaklee dengan dia tapi saya yakin rezeki ada dimana-mana dan saya anggap itu sebagai satu cabaran buat saya..

Sebelum menjadi ahli..pilihlah upline yang boleh dipercayai dan yang tak akan tinggalkan kita terkontang-kanting selepas menjadi ahli..Jika masuk dibawah saya,insyaallah,perjalanan perniagaan anda lebih terurus dan akan mempelajari pelbagai pengalaman baru..

Anda boleh hubungi saya 017-5474804
>membayar Rm65 untuk keahlian


KELEBIHAN MENJADI AHLI:

>Keahlian seumur hidup
>Diskaun keahlian yang  hebat
>Boleh mendapat bonus dalam bentuk cash jika pembelian mencapai point tertentu
  (boleh tambah pendapatan)
>Tidak perlu maintain sales untuk maintain ahli
>Proses pembelian yang mudah
>Percutian/Umrah percuma
>Insentif kereta
>Sentiasa mendapat tunjuk ajar dari sifu
>Akan dibimbing dalam kumpulan kami untuk belajar pelbagai cara berniaga dari pelbagai aspek          sehingga berjaya.
>Perbincangan dalam group secara online


cara jadi ahli shaklee,pengedar sah shaklee,Pengedar shaklee penang,pengedar shaklee bukit mertajam,pengedar shaklee taman guar perahu,shaklee,
Bergambar selepas menjadi ahli
SID:1118543







Khamis, 16 Oktober 2014

Set Kesuburan untuk lelaki

Set Kesuburan untuk lelaki

Assalamualaikumm semua...dah lama tak update blog ni..dah bersawang dah..maklumlah sibuk memanjang.Sibuk dengan kenduri kahwin..

Sebut pasai kenduri..nak cerita juga pasai Set kesuburan.Setiap pasangan  yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata selepas berkahwin.Tapi jika rezeki belum ada..usahlah bersedih..Apa kata kita cuba berusaha...

Set Kesuburan Lelaki terdiri daripada Zinc complex dan Vit-E Complex



          ZINK COMPLEX
  • Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
  • Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
  • Pembentukkan hormon testosterone
  • Membantu kekalkan jumlah air mani
  • Memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif untuk ke ovum

          VITA-E COMPLEX
  • Melancarkan peredaran pembuluh darah
  • Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki
  • Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna
  • Memastikan sel sperma terbentuk dan berfungsi dengan sempurna
  • Memastikan sel sperma terbentuk dan berfungsi dengan sempurna kerana kandungan selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki

Asal Usul De Perahu Cafe

Asal Usul De Perahu Cafe


De Perahu Cafe mula beroperasi pada hujung tahun 2011.Pada awalnya De Perahu Cafe diberikan nama Best Pizza.Menu utama kami pada masa itu hanyalah pizza semata-mata..

Alhamdulilah..hari pertama mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan di luar jangkaan..
Kami hanya membuat delivery sahaja memandangkan saya baru lepas berpantang anak kedua.Jadi kami membuat pizza didapur comel kami sambil menjaga baby comel kami.Hanya saya dan suami yang bekerja pada masa itu..saya membuat pizza sambil dibantu oleh suami,Kemudian suami akan menghantar Pizza kerumah pelanggan.

3 bulan berlalu...memandangkan perniagaan agak stabil..suami mencadangkan agar saya berhenti kerja supaya saya boleh menguruskan segala urusan keluarga dan perniagaan  dengan lebih terurus..
saya bersetuju..

Kemudian kami menambah menu iaitu mushroom soup..garlic bread dan air bikarbonat.kami juga menawarkan dalam bentuk set yang lebih jimat..Alhadulilah sambutan meningkat dari masa ke semasa sehingga tak menang tangan dan kami mengambil keputusan untuk menambah seorang pekerja.Runner kami ditugaskan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Dua tahun berlalu dan permintaan semakin tinggi hingga keluar kawasan..Saya  mencadangkan kepada suami untuk membuka sebuah cafe secara kecil-kecilan dirumah untuk memudahkan pelanggan dari luar kawasan untuk datang dan menikmati keenakkan makanan yang disediakan.

Dengan bermodalkan lebih dari 20k..Kami membuat sedikit pengubahsuainya didapur dan  membeli kelengkapan untuk membuka cafe..Pada 25 Ogos 2013 suami menghadiahkan sebuah cafe kepadaku..Hadiah yang amat bermakna...Aku namakan "De Perahu Cafe"

Kini..Dah lebih setahun kami mengusahakan perniagaan ini dan menambah pelbagai  menu pizza dan western..Semuanya boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan dan rasa yang pasti menepati citarasa anda..Diharapkan semoga De Perahu Cafe akan berkembang maju dan berjaya.

Salam sayang dari pencinta makanan...


De Perahu Cafe, Asal usul De Perahu Cafe,western food,


De Perahu Cafe
No 25 Jalan 3
Taman Guar Perahu
14400 Bukit Mertajam
017-5171399

waktu operasi
Isnin-Sabtu
7mlm-11 mlm














Cara makan Set Kesuburan Lelaki

Cara makan Set Kesuburan Lelaki

Set Kesuburan lelaki terdiri daripada zinc complex dan vitamin E

Caranya:

1.Makan 1 biji zinc complex sebelum sarapan

2.Makan 1 biji vitamin E selepas lunch atau sebelum tidur

nanti kita sambung sebab-sebabnya nyer...