Selasa, 21 Februari 2017

Persiapan Ke Krabi

Assalamualaikum dan salam aidiladha...

Esok dah nak berangkat ke krabi...so malam ni mulalah sibuk dok prepare barang-barang yang nak dibawa bersama esokkkk...

yahoooooooo...excited toksah dok cita la...

Antara barang-barang penting yang nak dibawa...

~Pasport
~Geran kereta
~Duit (Takkan lupa kot)
~Pakaian luaq dalam..pakaian mandi..pakaian nak tidoq (ikut korangla nak bawa banyak mana)aku tak bawa banyak sangat sebab kalau tak cukup leh shopping ja kat sana..hi.hi.hi..
~ubat-ubatan (panadol,pilchikitteckaun,minyak angin aromatheraphy)
~toiletries   (berus gigi ja...barang lain plan nak beli sana sebab murah)
~Beg waterproof(beli kat Diy ja...dalam rm 20 lebih..)
~life jacket,pelampung,google dan sewaktu dengannya..(lehla nak usung sebab naik kereta sendiri)
~Makanan ringannn (Roti,keropok,air..bla..bla...)
~SUNBLOCK... (sebab nak jemur kulit ni kat pulau -pulau cantik kat sana..hi.hi..
~Bantal..selimut..untuk anak tidoq dalam kereta...kan orang kata jauhhh.?
~Camera,handset (untuk selfie)hua..hua...hua..
~powerbank, charger plug siam(pinjam kat tukang masak siam kami)tq Da..
~Iron (pinjam kat adik laki aku...comeiii iron ni..senang nak bw jalan)

Apa lagi yekkk...

Untuk aku yang rabun ni...
Context  lens.. dan adik beradik dia..
Cermin mata dan sarung..

Jangan lupa juga..note2 tentang Krabi yang dah di google..
kami pergi ni secara terjah jer jadi tak book la lagi mana-mana hotel..
Nanti bila sampai sana baru nak check hotel2 yang ada dalam chcklist..



                                            Iron comeiii


                                         Beg waterproof dan casing h.phone



                                           Separuh dari barang yang nak dibawa


Ikuti sambungan hari pertama perjalanan kami ke Krabi》

Menu De Perahu Cafe

Menu De Perahu Cafe


Bagi yang masih tercari-cari cafe yang mempunyai pelbagai menu yang pastinya menepati citarasa asia.

De Perahu Cafe adalah pilihan terbaik kerana mempunyai pelbagai pilihan seperti masakan ala-thai dan western food seperti Pizza,burger,oblong,kebab,spagetty dan segala jenis chop and chips..

Tidak kurang juga dengan keenakkan masakan ala-thai seperti pelbagai jenis nasi,mee,koey teow dan bihun goreng...
Tomyam yang kaw-kaw menyengat..menu berkuah seperti tomyam,ladna,hailam,kungfu,bandung dan hailam tidak dapat dinafikan lagi rasanya yang pastinya menambat selera anda...

Cafe dibuka setiap hari kecuali isnin..
4ptg-12mlm
Di Penanti,Bukit Mertajam
Pulau Pinang.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
0175474804/0175474805





Sabtu, 18 Oktober 2014

SET ASMA

SET ASMA

Dulu teringat lagi bila dengar cerita tentang anak-anak kawan yang kena asma ni..kesian..tak kira masa bila anak-anak nak jadi..kadang tengah-tengah malam..kadang awal-awal pagi..cepat-cepat kena pergi klinik untuk dapatkan rawatan..

Set Asma Shaklee terdiri daripada Mealshake dan Omega Guard

MEALSHAKES
  • Menyediakan nutrisi lengkap untuk kanak-kanak
  • Meningkatkan selera makan
  • Membantu melawan jangkitan


OMEGA GUARD
  • Mencegah alahan kulit,demam,asma,ekzema
  • Meningkatkan sistem imun

Kepada yang ingin mencuba bolehlah hubungi  saya untuk konsultasi lanjut.

set asma, set lelah,mealshake,omega guard,pengedar shaklee,pengedar shaklee taman guar perahu,pengedar shaklee bukit mertajam

Herb-Lax

Herb-Lax


Disebabkan en suami suka sangat herb-lax ni so nak storylah sikit tentang kelebihannya..
Selalunya saya suggest kepada  customer yang sembelit..yang nak kurus..tapi suami saya tu bukanlah seorang yang sembelit..

Tapi,dia dah  terpikat dengan vitamin yang satu ni..katanya..esok tu bila membuang rasa lega jer..rasa semua yang ada dalam perut tu semua keluar habis..hi.hi..sorry yek..kena cerita gak..

Antara kelebihan lain :
  • Mengempiskan perut
  • Membantu masalah sembelit
  • Membersihkan najis yang tersekat
  • Memberi kepejalan pada perut
  • Kembalikan proses semulajadi pergerakan usus
  • Bantu usus untuk percepat proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama dalam  usus.

sembelit, herb-lax, Shaklee,pengedar sah Shaklee,

Cinta lama berputik kembali

Cinta lama berputik kembali


Hi.hi..hi..nak tergelak plak dengar tajuk tu..klu encik abang dengar..mati kena cekik aku..
ok kot tajuk tu..cinta lama tu bukan cinta dengan orang...no..no..no..
cinta dengan pokok-pokok bunga..

Hobi aku ni suka tanam pokok bunga..dulu memang macam2 jenis pokok aku tanam..paling banyak jenis keladi..tapi lepas aku renovation dapur tu.aku ubah semua pokok jauh dari rumah..proses renovation yang ambil masa lebih dari sebulan membuatkan aku kurang membelai pokok-pokok aku dan tak sempat bagi dia mandi...banyak pokok yang mati kehausan..lepas tu aku pun dah hilang semangat dah tengok pokok-pokok aku tu..

Tapi..sejak 2 ke 3 minggu ni..rasa minat tu dah mula datang balik dah..macam lagu tu...dia datang...start la pegi nursery-nursery beli tanah dan anak-anak pokok..start menanam balik..

Rasa seronok tu lain macam bila kita tanam pokok ni..walaupun penat dan kotor...kepuasan dia tu lain macam..tambah-tambahan bila tengok anak pokok yang ditanam mula membesar..tenang dan sejuk mata memandang..susah la nak diterjemahkan..hanya pencinta pokok aja yang faham..

Ni antara gambar pokok-pokok yang ada kat umah aku...belum banyak lagi..nanti aku akan update dari masa ke semasa..

mini garden, kolam kecil, de perahu cafe, tanaman hiasan, tanaman dikolam,



Jumaat, 17 Oktober 2014

SEMINAR 3R SHAKLEE

Assalamualaikum...

Pada 11 oktober 2014 yang lepas saya telah menyertai Seminar 3R utara bersama Master Norita Idris & Master Naquib bertempat di Sunway Hotel Seberang Jaya.

Bermula jam 2 hingga 6 petang.Seramai 80 orang yang mengambil bahagian.Pelbagai perkara yang saya pelajari dari pelbagai aspek.Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Master Norita dan Master Naquib kerana meluangkan masa serta tidak lokek  berkongsi ilmu mengenai produk dan pengalaman dengan anak-anak yang baru seperti saya.Insyaallah segala ilmu akan dipraktikkan.Rugi kepada yang tak mengambil peluang ini..

Terima kasih semua..

berselfie sebelum seminar bermula

bersama upline yang banyak mmemberi tunjuk ajar

bersama Master Norita yang comel

bergambar selepas seminar




De Perahu Cafe

De Perahu Cafe


Anda penggemar makanan barat???Suka makan pizza?chicken chop?lamb chop?beef steak?spagetty??
dan bermacam-macam lagi???

De Perahu Cafe adalah jawapannya...Disamping menawarkan menu yang enak dan pastinya menepati citarasa anda.Kami memberikan hidangan yang segar lagi berkualiti disamping harga yang amat-amat berpatutan...

Kami amat mementingkan kepuasan hati pelanggan...Segala komen dan cadangan anda sentiasa diambilkira untuk memajukan lagi perniagaan kami..Sila like page kami di https://facebook/de perahu cafe untuk lebih info...



De Perahu Cafe
No 25 Jalan 3
Taman Guar Perahu
14400 Bukit Mertajam
017-5171399

Bussiness Hour
Monday-Saturday
7pm-11pm




pizza,pizza sedap,pizza murah,de perahu cafe,western food,makanan barat
PIZZA


de perahu cafe,western food,meatball,western food sedap
MEATBALL


spaggety,de perahu cafe,western food sedap,murah
SPAGETY BOLOGNISE



de perahu cafe,beef steak,western food,makanan sedap
BEEF STEAK



spagetty,western food,de perahu cafe,
SPAGGETY CARBONARA

burger,western food,de perahu cafe
GIANT BURGER

Selamat mencuba...