Rabu, 21 Mei 2014

SET KURUS



Assalamualaikum...

Hari ni excited nak cerita tentang set kurus Shaklee...Sebab sepanjang menjadi pengedar Shaklee ni..Set kurus ni adalah set yang paling laris.Macam goreng pisang...sebab apa yek..mungkin sebab Malaysia ramai orang yang gemuk.Bukan saya yang kata...hii..hii..Menteri Kesihatan yang dedahkan.



So..anda nak dkategorikan dalam kumpulan yang mana satu...saya takut gemuk..terus terang saya cakap..
bila badan dah mula naik sikit..saya cepat-cepat akan cari jalan untuk turunkan berat badan.haritu pun,masa mak buat kenduri nak pergi umrah..ramai yang tegur nampak saya GEMUK...hu..hu..Jadi saya sendiri pun trylah SET KURUS ni..


Di Kategori Manakah BMI Anda??

Macam mana nak tahu kita obes atau tak? Cuba lihat gambar di bawah sebagai panduan..




Mana satu plihan anda???Pilihan terletak ditangan kita!!!


Risiko Obesiti

Mengapa pentingnya kita memandang serius masalah obesiti ni? Cuba anda lihat apakah antara risiko yang mungkin dihidapi oleh mereka..


First sekali kalau customer nak beli set ni..saya selalu post picture kat bawah ni la..sebab senang nak cerita dan senang nak bagi customer faham.



Program diet Shaklee menggunakan kaedah 3B. 

Bakar - Buang - Bina


                                    

Alfalfa/Herb-Lax sebagai agen detox

Supplemen yang disyorkan untuk detoks adalah Alfafa/Herb-Lax.
Kedua-dua suplemen ini berfungsi merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Yang paling penting ia semulajadi

Kenapa Perlu Detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang 

melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk 
mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.
Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.


Lecithin/Omega Guard

Sebelum tu kita kena pecahkan atau bakar sel-sel lemak yang berjuta-juta dalam badan kite. Pendekar2 bakar lemak ialah lecithin atau omega guard.Kalau nak tahu...bila umur semakin meningkat,kadar metabolisma dalam badan semakin rendah.Metabolisma dalam bahasa mudahnya ialah proses pembakaran kalori yang dilakukan oleh badan.Disebabkan kadar metabolsma yang rendah,maka terkumpullah lemak-lemak didalam badan.

Omega guard membakar lemak-lemak yang berlebihan.Lemak yang degil dapat dibakar dengan lebih berkesan.

Contoh seperti jika kita nak ke Kuala Lumpur(nak Kurus)..Kita memilih untuk naik kereta(Lecithin)atau kapal terbang(Omega).Tujuan yang sama(nak kurus)tetapi cara yang berbeza sama ada cepat atau lambat...faham ke tak ni???hi..hi..hi


Manfaat utama Lecithin Shaklee :

Menyerap vitamin yang larut lemak - bantu tubuh dalam menyerap vitamin A D E dan K yang larut lemak.

Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

Pemecahan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh.

Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.

Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Memperbaiki alergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.

Menghalang kejadian batu karang - 90% kejadian batu karang terjadi dari kolesterol. Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer (nyanyuk) dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin yang sihat.

Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Cinch/Soy protein


Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang.
Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan.
 Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.)
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, Shaklee Cinch Shakes BUKAN ubat kurus yang boleh menurunkan berat badan secara drastik! Shaklee membantu kita untuk kurus secara sihat dan semulajadi
Seperti Cinch Shakes ni, ia membantu kita untuk kenyang lebih lama, jadi kita tidaklah sibuk nak makan berlebihan. Kandungan kalorinya juga sudah cukup untuk keperluan harian.

Jadi, Cinch Shakes ni juga sesuai sangatlah kalau untuk orang yang nak berpuasa. Sekarang ni pun saya tahu, mesti ramai yang tengah pulun ganti puasa kan? Hehe.. Cinch Shakes ni insyaAllah sangat-sangat lah membantu untuk kekal kenyang.

Shaklee Cinch Shakes ni ada 3 flavor, Cafe Latte, Chocolate, dan Vanilla.


--------------------------------------------------------
Untuk keterangan lanjut @ konsultasi percuma:

Pm/WhatsApp :017-5474804

FB                  :Nor Azimah Abu Osman
FB pages       :Inspirasi Sihat & Cergas


Tiada ulasan :

Catat Ulasan